WOW!!

try la click =)

Saturday, January 29, 2011

kau di hati ku,

luahan ikhlas dari hati ku untuk insan yang tercinta..

29 Januari 2011..
genap lah umur cinta kami 2 tahun, 3 bulan, 3 minggu , 1 hari..
mungkin umur cinta kami masih terlalu mentah
banyak lagi yang perlu kami lalui
banyak lagi yang perlu kami harungi
banyak lagi yang perlu kami tempuhi

2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari..
dulu..kini dia tetap dia
senantiasa di samping aku tak kira masa
aku insan yang amat bertuah
kerana dia mencintai aku
mencintai jua kekurangan ku

2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari..
dia lah doktor terbaik ku
dia lah kaunselor terhebat ku
dia lah penasihat fesyen ku
dia lah sumber rujukan hidup ku
dia lah peneman setia ku
dia lah sahabat baik ku

2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari.
dia lah tempat untuk aku mengadu
dia lah tempat untuk aku meluahkan perasaan
dia lah tempat untuk aku berkongsi kesedihan
dia lah tempat untuk aku menangis
segalanya dia bagi aku
dia sempurnakan hidup ku

2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari..
perkara yang buat aku terus menyintai nya
kesabaran yang dimilikinya serta memahami diriku
bertanggungjawab
ada ciri- ciri sebagai pemimpin keluarga

7 Februari 2011..
dia akan terbang jauh ke sana
mendidik anak bangsa
mencari pengalaman
mencari pedoman hidup
jadilah kau pendidik yang terbaik



7 Februari 2011..
aku harus tabah
hari- hari yang bakal tiba tanpa dia di sisi ku
sendiri melayari hari- hari yang indah tanpa peneman setia
aku mesti kuat
kuatkan hati untuk berdikari
kuatkan jiwa untuk menghadapi masalah
kuatkan mata jangan menangis lagi
aku yakin sebagaimana dia yakin pada aku
aku boleh hadapi semua ini dengan senyuman


tangisan dalam ketawa

aku mahu dia tahu
aku inginkan dia bukan untuk diriku saja
aku inginkan dia bagi melengkapkan keluarga ku
aku inginkan dia menjadi bapa kepada anak- anak ku
aku ingin berkongsi hidup bersamanya
hingga akhir hayat

tapi..jodoh, pertemuan di tangan Allah
aku yakin jika benar dia jodoh ku
dia dicipta untuk ku
bahagia kelak milik kami jua
pasti milik kami
harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangisan
tidak semahal harga sedu sedan yang di akhiri dengan
seukir senyuman

ya Allah.. kuatkan lah jodoh antara kami...teguhkanlah hati kami..
moga perhubungan kami sentiasa diredhai oleh Mu.
Amin.




p/s : walaupun kami dipisahkan kan beribu- ribu batu sekalipun, dia selalu di hati ku..jauh di mata, dekat di hati..

Friday, January 28, 2011

hard to believe.

dengan sukacitanye,

pakwe saya ENCIK MOHD HAFFIZ dah dapat posting..
tahniah la ye..selamat mendidik anak- anak bangsa..

i tumpang gembira..tapi perasaan sedih lagi banyak dari gembira..

SABAH..jauh tu..
kalau awal- awal aku tao dia ade mintak Sabah, aku memang dah bersedia awal- awal mane tao betul- betul dapat Sabah kan..tapi, tak mintak,dah tibe- tibe dapat Sabah, memang aku terkejut lah..kalau setakat dapat Terengganu, Pahang, Perak aku dapat terima lagi..tapi..SABAH???homaigodddd JAUH tu..SETAHUN SEKALI KALAU DAPAT JUMPA PUN.aku kat JOHOR, dia kat SABAH..entah2 nanti dia dapat sekolah yang paling terpencil, yang line tepon tak ade, macam mane tu?haisyhh macam over plak (TT)

jasmani,.emosi, rohani, fizikal dalam keadaan terkejut..memang terkejut..speechless bile dapat tao..rase macam bermimpi..cubit member, dia rase sakit.maknenye aku tak mimpi lah.aisyhh





p/s : sedang menangis sambil menulis entry ni.

Thursday, January 27, 2011

AKU RASA RINDU PADA DIA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

tetibe trgerak ati aku nak update kat blog ni....stiap kali aku log in blog ni mmg trgerak nk ati aku nk post sumtin..tp ble nk stat menulis ade je yg kaco..so..ade ms trluang ni aku amek kesempatan r menulis sumtin kat blog ni...

skrg ni die mungkin sedang lena di buai mimpi..ntah ape angin yg msuk kat benak aku ni ttbe aku rs rindu kat die..maybe dssbkan keadaan diri die yg xbrapa sihat skrg ni mmbuatkn aku trlalu mmikirkn diri Die smpai la rs rindu bertandang kat diri aku ni...

aku akui..prkara yg amat sukar aku trima adlah krana trpksa brjauhan dgn die..tp apakan daya aku trpaksa tempuhi juga..dlu aku sedar 1 ari nnt aku akn mlalui jgak situasi skrg ni..dan skrg aku benar2 sedang melalui situasi ini..aku harap die mampu untuk menjalani khidupan seharianny disana tnpa aku disisiny sperti dulu..aku berharap dan berdoa juga supaya 3 tahun yg mendatang ini dapat aku tempuhi dgn tenang..insyaAllah ujian berjauhan ini dapat aku dan die tempuhi dengan tenang..


aku tak mahu prasaan rindu mguasai dri aku dgn die..
aku tak mahu prasaan rindu mendera hidup aku dgn die..
aku tak mahu prasaan rindu mganggu prjalanan idup aku dgn die..
aku tak mahu prasaan rindu memerangkap diri aku untuk mencapai impian aku dgn die..

tetapi....
aku mahu die tahu aku slalu merindui diri nya...



KAU TERCIPTA UNTUK KU.....

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

Aku ingin engkau s'lalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

Aku ingin engkau s'lalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
memanggil s'luruh ragaku
ku ingin kau tahu
kau s'lalu milikku
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau s'lalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku


- CUPIN - 27.01.2011 - 3.00 A.M





Monday, January 24, 2011

malas.

nak meng up to date kan blog.

tapi,

MALAS dowh!

sekian, terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

Tak Kan Pernah Ada


Dia memang hanya dia
Ku selalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya

Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku

Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain, hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Benar dia, benar hanya dia
Ku selalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Ku ingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain, hanya kamu
Tak pernah adaTakkan pernah ada







*for my love Mohd Haffiz, sorry for everything.
love you.

Tuesday, January 18, 2011

busy lah.* ini betul- betul, bukan tipu!

niat nak update blog malam ni dengan banyak story mory yang masih hot macam pisang goreng..
tapi
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

aku tersangat lah busy dengan kerja duniawi ni sampai kena berebut oksigen dengan rumate..kalau kau tak cukup oksigen, maka kau akan pengsan. sedar- sedar pagi esok dah.* kesimpulannya keje kau tak siap!





p/s : kalau tak cukup oksigen, anda digalakkan minum air masak!

Sunday, January 16, 2011

aku tak suka Syamsul Yusuf, tapi apakan daya



Assalamualaikum semua..apa khabar semua agaknya, hope sihat sejahtera gamaknye ye..dah lame aku tak update blog,dah lame xberblog walking sebabnye adalah tak sempat.mane nak sempatnye kalau kelas habis pukul 6 petang.malam tu pulak ofkos la mase untuk aku bersama suami dan anak- anak tersayang ngeeee..

nak dijadikan cerita, semalam aku keluar dengan pakwe aku. kesian pakwe aku, dia tak dapat posting lagi, so dia datang Batu Pahat untuk keje dengan lecturer..walhal dia rindu aku tu, sebab tu dia datang keje sini hehe..ok, sambung balik..lepas tu kitorang plan nak pegi tengok wayang..usha punye usha cerita yang menarik minat aku adalah cerita Khurafat..aku rase pakwe aku macam tak nak sangat tengok cite tu, macam nak tengok cite faster je..lastly aku tengok dia beli tiket cite Khurafat o yeah!

aku bukannya minat sangat dengan pelakon utama cite tu, tapi tu lah, entah macam mane terexcited nak tengok cite tu.masuk- masuk panggung tu, memang dah penuh dah. aku pulak macam dah lame tak tengok cite hantu kat panggung ni, risau jugak takut terjerit keh2..

tadi aku cite bukan main excited lagi aku nak tengok cite ni kan? ambik kau, aku siap ajak pakwe aku keluar panggung sebab dah tak sanggup nak tengok.cite dia stail cite hantu jepun korea macam tu.seram weh..part yang paling aku tak sanggup nak tengok adalah part kat bawah ni.


cite ni memang terbaiklah..aku paling sedih part paling last tu..lepas Syamsul excident, dia balik rumah mak dia. dia tengok dalam rumah tu orang ramai tengah baca Yasin. Dia ingatkan mak dia yang meninggal, rupe- rupenye dia yang meninggal. glup!! dia dah jadi roh..dia hanya mampu tengok je orang- orang yang dia sayang tapi tak dapat nak buat pape..giler sedih..seram pulak tu..aku tak dapat bayangkan macam mana kalau aku kat tempat Syamsul tu...

Wednesday, January 12, 2011

cinta sempurna

aku manusia lemah
selalu terjatuh
berbeda aku darimu
kau berdiri teguh

aku serba tiada
aku kekurangan
dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

sempurna sifatmu
tulusnya hatimu
jujurnya niatmu
tingginya kesabaranmu

lepaskan lah diriku
kerna aku tak mampu untuk menanggung sebuah cinta sempurna
darimu..
darimu..

bukan aku tak pernah
mengerti dirimu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
hilangkan rasa itu
akhirkan semua
dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

nice date..but not a nice day for me today.
urgh.

tak tahu kenapa semua benda macam tak kena hari ini. plan lain, lain yang jadi. ye, kite hanya mampu merancang.seyesly tak suka keadaan macam ni. aku nak hidup yang normal. selama ni hidup ko tak normal ke grr?tak lahhhh..hari ni je hidup aku tak normal.ko tengok tu...cakap sorang- sorang, tak normal betul lah ko isyh.






p/s : aku sedar yang selama ni aku dah menyusahkan seseorang, sori for that..seperti biasa, salah aku.

PJ WARRIOR *girls only

pom pom!!






biarlah gambar berbicara~

*suci tak muke aku?





p/s : sambung upload gambar esoklah

Monday, January 10, 2011

hobi :)

ok, sekarang ni aku boring. keje berlambak, tapi sebagai insan yang suke main kejar- kejar dengan masa, haruslah semua keje tu buat last minit kan. bile boring mula la aku nak merapu. jom lah usha hobi- hobi aku masa kat kampus ni heeee

1. bile kelas cancel, balik bilik, tido sampai lebam.
2. surf tenet sampai tenet slow. ni nak marah ni.
3. marathon muvie sampai tak tido malam.
4. lepas abes kelas, window shopping kat koperasi.
5. time ade duit, hujung minggu keluar jalan- jalan. nak up sikit, tengok wayang.wah
6. karaoke dalam bilik sampai rumate bengang.
7. buli rumate
8. buli rakan rumate ( merangkap kawan aku jugak)
9. dengar lagu sambil nyanyi skali kuat- kuat dengan penuh perasaan.
10. sepahkan bilik, lepas tu kemas balik.
11. terbaring macam orang sakit atas katil.
12. petang- petang intai orang jogging. aku? malaslah nak jogging
13. menapak ke kedai pisang goreng depan kampus.
14. gelak sekuat hati sampai hostel laki pun boleh dengar..isyh2
15. pegi library. *ok, aku tipu
16. masak sedap- sedap. *ok, tipu lagi.
17. pulun asgment * ok, yang ni pun tipu.

dah la, malas dah aku nak menipu. tak baik tao, nanti tak masuk syurga huuuu..

Saturday, January 8, 2011

eh kau?xmacho lah

"11 friend requests "

aku pon usha satu- satu..agak- agak tak kenal, wat tak layan lah kan.*bajet hot!..tibe- tibe tengok salah satu friends requests tu, terkedu seketika. S bukan name sebenar add aku.mulalah fikir 14 kali nak approve ke tak.kalau tak approve, dia cakap aku sombong pulak.of kos la kan.

tapi who's S?actually S adalah skandal aku hek2..*pangggg kena tampar dengan pakwe aku huuu~..ok, ini serius..S adalah senior kat sekolah aku dulu..tapi lepas aku abes sekolah baru kitorang boleh dikatakan rapat dan hampir- hampir menjalinkan hubungan ececeh..aku ingat lagi, mase aku mula- mula masuk kampus ni, aku mengadu kat dia lah penat lah, tu lah ni lah..bergayut sampai kredit abes kau tao..kredit dia lah, bukan kredit aku haha..

boleh dikatakan aku dengan S ni teman tapi mesralah..kitorang tak declare pun..mase raye S datang rumah aku and aku pegi beraya rumah dia jugak..mase tu 2008 punye hari raya lah..mase hari raya tu jugaklah aku kenal dengan pakwe aku sekarang ni..tak tahulah macam mane, dan dan je aku kenal dengan pakwe aku then hubungan aku dengan S ni terus renggang sampaikan tak contact langsung.dah berapa tahun dah..before this aku tak de inisiatif pun nak contact dia balik..

aku ingat lagi yang dia pernah plan nak datang ambik aku time cuti..konon- konon nak balik kampung sekali lah..walhal dia duk kat Pahang, aku kat Johor..tapi tu cerita lama..mesti dia sakit hati kan tengok aku dengan laki lain..

tapi dia tak boleh nak marah aku sebab sape suruh simpan je perasaan tu..luahkan je lah, kan dah terlambat..atleast kalau aku tak suke kau awal- awal, tapi aku boleh pupuk suke, sayang, cinta tu sebab kau baik + sweet sangat walaupun kau tak hensem hahaha..tapi, aku hampir tersuke kat ko tao tak?siapa cepat dia dapat lah kan tettt..

and now aku hepi sangat- sangat dengan pakwe aku sekarang ni..Dia lagi sweet dan macho sebab jujur dan berani luahkan perasaan dia kat aku walaupun kitorang kenal tak sampai 2 minggu..sebab tu lah aku sayang sangat kat pakwe aku...kau pulak?bile pulak nak jadi macho?




p/s : hopefully kau akan jumpe gadis yang sesuai dengan kau..

Thursday, January 6, 2011

antibodi lemah.urgh

hari ni :



SELSEMA



BATUK



DADA SAKIT




SAKIT KEPALA.









kejap- kejap lagi?






DEMAM!!



demmmm



TAK NAK DEMAM LAH.urgh

Wednesday, January 5, 2011

result dah dilahirkan!

haipp..harap- harap semua sihat walafiatlah. aku tak berapa sihat ni, batuk ngade- ngade pulak..haish..macam kena mc je esok keh2..

sejak aku jadi pko ni, aku sebok je memanjang.sampai kena pegi rumah lecturer seret dia masuk kelas.aku pun tak faham,asek tade kelas je.boring giler duk dalam bilik je. aku ni pantang jumpe lecturer, mula la nak ajak dorang masuk kelas soh ngajar kitorang.kalau boleh, nak suruh lecturer start kelas pukul 8.00 pagi, lepas tu kelas abes pukul 8.00 pagi esoknye pulak.tengok tu, begitu komitednye aku menjalankan tugas sebagai pko.

aku bukan nak kecoh pasal kerjaya aku sebagai pko, tapi nak kecoh pasal result. ni yang aku nak kecoh macam ayam bertelur riuh sekampung ni.tapi aku tak bertelurlah, ko giler?aku dapat 4 flat dowh!( sila buat muka terkejut). aku tak sangka, tak sia- sia aku belajar last minit, akhirnya aku dapat 4 flat.siap dapat anugerah pelajar paling cemerlang gemilang terbilang buat tahun ni. yang aku paling terharu, aku kena berucap kat depan semua orang lepas tu kena kongsi rahsia macam mana aku boleh dapat 4 flat.*ok, aku tipu je keh2..aku rase kalau aku betul- betul dapat 4 flat, mesti aku pengsan.bila sedar dari pengsan, orang cakap aku dapat 4 flat, aku pengsan balik. bila sedar pulak, hantuk kepala kat dinding 14 kali, pastu pengsan lagi, lagi, lagi dan lagi.

aku tak puas hati dengan result aku tu.ade ke patut subjek Guru dan Alam Facebook aku dapat B? ? kalau matematik dapat B aku tak heran sangat sebab aku ni bengap sikit. makan semut banyak agaknya.English dapat B talak helan jugak maa...sebab aku malas nak baca kamus.*apakah??haa hello?ape tak cukup ke mase yang aku luangkan untuk ngadap Facebook selama ni? haish tak adil betul.nampaknye lepas- lepas ni kena mengadap facebook lama- lama lagi lah.

saya potogrape!

macam mana nak score? time exam pun rajin nak jadi potogrape free..orang lain tengah kusyuk menggoreng, aku plak kusyuk duk panggil dorang nih semata- mata nak ambil gambar dorang. kalau panggil sebab nak meniru boleh dapat manfaat jugak kan?keh2..*aku panggil sebab jeles tengok korang menggoreng sampai tak hengat dunia!



p/s : subjek Guru dan Alam Facebook actually subjek Murid dan Alam Belajar keh2!! larikkkkk


p/s : jen, fare.tq sebab sudi jadi objek untuk dipukul..* di snap..korang sempoi..*bodek! heee

Tuesday, January 4, 2011

membazir umur je.

i'm currently at Batu Pahat *ofkos lah kan! pangg pipi sendiri laju- laju.

kenapa? tak percaya? ohoi aku lah tak percaya keh2!

** 1 januari 2011, pukul 8.00 malam naik bas dari kB and berita baik nye aku sampai kat kampus pada 2 januari 2011, pukul 10.00 pagi. lagi berita baiknye aku boleh survive duk dalam bas tu sampai berbelas- belas jam.what the frog?

sebelum ni aku naik bas kul7.oo malam, then lebih kurang kul 6 pagi dah sampai batu pahat dah..malam semalam memang melampau lah wa cakap lu..sebelum ni aku naik bas trans, tapi disebabkan tiket trans dah abes, terpaksa lah beli tiket bas lain.

ni aku nak marah ni! tiket abes awal gara- gara junior aku lah ni( haha ye ke?hentam je lah ), ramai sangat yang tinggal kat kelantan so kena berebut tiket dengan doranglah. eh, tak boleh ke korang pindah negeri lain? before this, aman je hidup aku kalau time nak balik kampung ke, time nak balik kampus ke.tapi, sekarang tidak lagi.

kesimpulannya, selama aku berada di dalam bas tersebut, aku telah membazirkan umur aku selama berbelas- belas jam.sekian.

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 :)

Assalamualaikum dan selamat tengahari..amacam semalam? main bunga api kah? or main bunga je tak ada api?keh2..mane- mane je la kan asalkan korang bahagia :)

aku pulak tiap- tiap sambut new year kat rumah je..actually tak sambut kot, rasa macam tak ada pape yang berlaku je ahha...sungguh tak berhati perut. teringin jugak sebenarnya nak sambut new year kat luar, tapi tu lah tak ada sape yang sudi ajak aku celebrate kat luar.ah kalau ade orang ajak pun, ofkos mak aku tak kasi..tak pe lah, nanti aku dah kawin aku akan paksa laki aku sambut new year kat luar..nak tak nak dia kena ikut jugak hoho..

tajuk post 1.1.11..ade ape dengan tarikh tu? nice kan :) ...kalau aku bertunang hari ok jugak kan, tarikh cantik haha..tapi angan- angan je lah ko nak bertunang hari ni..eh 11.11.11 lagi cantik tarikh tu..aiyoooo...sempat lagi kalau plan nak bertunang ni..lepas tu tahun depan, 12.12.12 aku kawen plak..wah gatal giler aku ni! ni azam aku tahun ni tao keh2 :p

jangan ambil serius, aku gurau je keh2..actually malam ni aku akan berangkat ke IPTHO..dah tak sabar nak belajar untuk mengajar.azam baru lah konon! yakkk..aku rasa kali ni aku redha je nak balik kampus tak macam sebelum- sebelum ni..tak tahu la kenapa..maybe cuti sebulan lebih tanpa buat- buat apa mendorong aku untuk tidak memberontak untuk balik ke sana keh2..ataupun sebab aku terasa ketinggalan sebab tak dapat tengok wayang yang cite nye sangat lah best- best time cuti ni!sedih sebab kelantan tak ada penggung wayang uhuk2..

eh2 sepatutnya aku kena memberontak sebab my chup tak ada kat sane dah..dia dah abes belajar..tengah tunggu posting je..so aku kena hidup berdikarilah tahun depan.before dis, aku sampai kampus pagi tu, tengahari mesti kitorang akan keluar pegi beli barang- barang keperluan..sekarang ni aku tengah pk, sok aku nak heret sape ye keluar dengan aku? macam tak ade orang je uhuk2! tetiba macam tak sanggup pulak nak hidup kat kampus tu tanpa my chup adehh..malas nak pk sangat, karang sedih tak memasal.dah la aku sensitif sejak kebelakangan ni!

tahun ni aku dah masuk sem3 ijazah..ade 5 sem lagi untuk aku enjoy life as student..5 sem lame lagi tu beb!! lepas tu Insyaallah aku akan bergelar sebagai guru. sem ni aku telah dilamar oleh bakal KO untuk jadi pasangannya sebagai PKO...dia lamar aku sambil peras ugut aku, kejam tak? KO tu Ketua Opsyen, macam ketua kelas lah.PKO tu penolong nye lah.actually aku memang tak bersedia nak pikul tanggungjawab tu, bila fikir- fikir betul jugak kata- kata bakal KO.so, aku paksarela time tanggungjawab tu huhu..nak jadi PKO ni mental kena kuat, kalau tak hmm..kepada mantan PKO, aku bergantung harap kat korang tao :p

rasanya dah panjang lebar aku pot pet pot pet ni..macam panjang je entry ni..baik aku stop dulu.last but not least, HAPPY NEW YEAR :)