sejak aku jadi pko ni, aku sebok je memanjang.sampai kena pegi rumah lecturer seret dia masuk kelas.aku pun tak faham,asek tade kelas je.boring giler duk dalam bilik je. aku ni pantang jumpe lecturer, mula la nak ajak dorang masuk kelas soh ngajar kitorang.kalau boleh, nak suruh lecturer start kelas pukul 8.00 pagi, lepas tu kelas abes pukul 8.00 pagi esoknye pulak.tengok tu, begitu komitednye aku menjalankan tugas sebagai pko.
aku bukan nak kecoh pasal kerjaya aku sebagai pko, tapi nak kecoh pasal result. ni yang aku nak kecoh macam ayam bertelur riuh sekampung ni.tapi aku tak bertelurlah, ko giler?aku dapat 4 flat dowh!( sila buat muka terkejut). aku tak sangka, tak sia- sia aku belajar last minit, akhirnya aku dapat 4 flat.siap dapat anugerah pelajar paling cemerlang gemilang terbilang buat tahun ni. yang aku paling terharu, aku kena berucap kat depan semua orang lepas tu kena kongsi rahsia macam mana aku boleh dapat 4 flat.*ok, aku tipu je keh2..aku rase kalau aku betul- betul dapat 4 flat, mesti aku pengsan.bila sedar dari pengsan, orang cakap aku dapat 4 flat, aku pengsan balik. bila sedar pulak, hantuk kepala kat dinding 14 kali, pastu pengsan lagi, lagi, lagi dan lagi.
aku tak puas hati dengan result aku tu.ade ke patut subjek Guru dan Alam Facebook aku dapat B? ? kalau matematik dapat B aku tak heran sangat sebab aku ni bengap sikit. makan semut banyak agaknya.English dapat B talak helan jugak maa...sebab aku malas nak baca kamus.*apakah??haa hello?ape tak cukup ke mase yang aku luangkan untuk ngadap Facebook selama ni? haish tak adil betul.nampaknye lepas- lepas ni kena mengadap facebook lama- lama lagi lah.
saya potogrape!
p/s : subjek Guru dan Alam Facebook actually subjek Murid dan Alam Belajar keh2!! larikkkkkmacam mana nak score? time exam pun rajin nak jadi potogrape free..orang lain tengah kusyuk menggoreng, aku plak kusyuk duk panggil dorang nih semata- mata nak ambil gambar dorang. kalau panggil sebab nak meniru boleh dapat manfaat jugak kan?keh2..*aku panggil sebab jeles tengok korang menggoreng sampai tak hengat dunia!
p/s : jen, fare.tq sebab sudi jadi objek untuk dipukul..* di snap..korang sempoi..*bodek! heee
2 comments:
cyeh..tu la pelik ade ke subjek nama facebook..haha
kalau tak bagitau, hampir percaya kan de subjek facebook? keh2
Post a Comment