29 Januari 2011..
genap lah umur cinta kami 2 tahun, 3 bulan, 3 minggu , 1 hari..
mungkin umur cinta kami masih terlalu mentah
banyak lagi yang perlu kami lalui
banyak lagi yang perlu kami harungi
banyak lagi yang perlu kami tempuhi
2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari..
dulu..kini dia tetap dia
senantiasa di samping aku tak kira masa
aku insan yang amat bertuah
kerana dia mencintai aku
mencintai jua kekurangan ku
2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari..
dia lah doktor terbaik ku
dia lah kaunselor terhebat ku
dia lah penasihat fesyen ku
dia lah sumber rujukan hidup ku
dia lah peneman setia ku
dia lah sahabat baik ku
2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari.
dia lah tempat untuk aku mengadu
dia lah tempat untuk aku meluahkan perasaan
dia lah tempat untuk aku berkongsi kesedihan
dia lah tempat untuk aku menangis
segalanya dia bagi aku
dia sempurnakan hidup ku
2 tahun, 3 bulan, 3 minggu, 1 hari..
perkara yang buat aku terus menyintai nya
kesabaran yang dimilikinya serta memahami diriku
bertanggungjawab
ada ciri- ciri sebagai pemimpin keluarga
7 Februari 2011..
dia akan terbang jauh ke sana
mendidik anak bangsa
mencari pengalaman
mencari pedoman hidup
jadilah kau pendidik yang terbaik
7 Februari 2011..
aku harus tabah
hari- hari yang bakal tiba tanpa dia di sisi ku
sendiri melayari hari- hari yang indah tanpa peneman setia
aku mesti kuat
kuatkan hati untuk berdikari
kuatkan jiwa untuk menghadapi masalah
kuatkan mata jangan menangis lagi
aku yakin sebagaimana dia yakin pada aku
aku boleh hadapi semua ini dengan senyuman
aku mahu dia tahu
aku inginkan dia bukan untuk diriku saja
aku inginkan dia bagi melengkapkan keluarga ku
aku inginkan dia menjadi bapa kepada anak- anak ku
aku ingin berkongsi hidup bersamanya
hingga akhir hayat
tapi..jodoh, pertemuan di tangan Allah
aku yakin jika benar dia jodoh ku
dia dicipta untuk ku
bahagia kelak milik kami jua
pasti milik kami
harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangisan
tidak semahal harga sedu sedan yang di akhiri dengan
seukir senyuman
ya Allah.. kuatkan lah jodoh antara kami...teguhkanlah hati kami..
moga perhubungan kami sentiasa diredhai oleh Mu.
Amin.
p/s : walaupun kami dipisahkan kan beribu- ribu batu sekalipun, dia selalu di hati ku..jauh di mata, dekat di hati..
No comments:
Post a Comment