WOW!!

try la click =)

Monday, July 18, 2011

aku juga berhak bahagia.

duhai mata, bertahan lah..
simpanlah air matamu itu, jangan biarkan ia mengalir lagi.


duhai bibir, bantulah si mata..
ukirkanlah senyuman agar si mata tidak bersedih..


duhai hati, kasihani lah tuanmu..
berhenti lah dari memikirkan perkara- perkara yang sedih buat seketika..


dia juga berhak bahagia..








notakaki : kita boleh tipu orang lain, tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. i'm tired.

Friday, July 15, 2011

kawan yang baik.

kawan yang baik adalah seseorang yang dapat menegur jika kawannya ada buat kesilapan atau sewaktu dengannya. aku? aku pernah ingin menjadi kawan yang baik. tapi, bukan mudah, kau kena berani tanggung risiko. cukuplah sekali aku cuba nak jadi kawan yang baik.


tak semua orang dapat menerima jika kita tegur tentang kesilapannya. nak- nak kalau kawan yang tak boleh nak terima apa yang kita cakap. cakap sikit nak terasa, cakap sikit nak merajuk, cakap sikit nak tunjuk muka tak puas hati. dia takkan pernah tahu tau niat sebenar kita nak bagi yang terbaik untuk dia dan juga orang- orang sekeliling. alih- alih kita yang terkena balik. dia je nak menang, dia je yang betul, semuanya dia lah. mesti ada kawan yang macam tu kan? disebabkan kita masih sayang dengan tittle kawan, pilihan terakhir kita adalah let go je lah..sampai masa nanti dia akan sedar sendiri..kalau tak sedar diri jugak aku tak tau lah haha.


situasi macam ni banyak je berlaku tak kira umur. aku harap, situasi macam ni takkan berlaku kat diri aku sebab aku percaya kat kawan-kawan aku kat sini. masing- masing nak yang terbaik untuk semua orang. don't be tooooooo selfish.

trust me. u need to work hard if u really wanna to be a good friend for him/ her.







p/s : belajar menerima teguran orang.

Wednesday, July 13, 2011

hampa.

Malam tadi bila dapat tahu esok boleh derma darah di balai budiman, aku excited sangat. Ye la kan, tak pernah derma darah sebelum ni. So tengahari tadi dengan semangat yang berkobar-kobar aku melangkah kaki ke balai budiman.

Dah isi borang semua bagai, check darah, lepas tu gerak ke kaunter lain pulak. Bila di kaunter tu, doktor tu cakap kat kawan aku darah kurang pekat, so tak boleh nak derma darah. Aku pun dengan sayunya tengok borang aku tu.


Alaaaaaaaaaaaaa..darah aku pun sama..

Sunday, July 10, 2011

bersih sangat ke ?

Entah kan? Bersih sangat ke? Aku tengok KL makin tercemar je haha..Buat apa lah duk berhimpun ramai- ramai macam tu..aku pun nak negara kita ni bersih, tapi kita kan ade saluran yang betul. Guna lah sebaiknya..

Tak payah nak susah-susahkan diri pegi berhimpun, berpanas hujan berembun semua bagai. Buang masa, buang tenaga, buang sampah merata- rata. Ada ke patut ? last- last, tak dapat apa-apa pun kan? tak dapat pun nak serahkan memorandam ke ape kejadahnya yang ko nak kasi.


Ramai orang cakap, tak apa jadi macam ni. Susah-susah dulu, senang-senang kemudian. Nak senang macam mana pun aku tak tahu lah..Karang kalau aku cakap tak reti bersyukur, macam pedassss sangat kan? Dah cukup aman dah aku rasa Malaysia ni.Takkanlah nak buat huru-hara macam kat luar negara pula, lepas tu negara- negara luar masuk campur . Negara kita ni ada undang- undang, tak boleh ke nak ikut undang- undang. Yang penganjur pun peguam, tak kan tak masak lagi dengan undang-undang di Malaysia ni. Tak faham betul aku. Yang jadi mangsa, pengikut yang buta tuli main terjah je mengikut perhimpunan tu. Terbela ke semua nasib pengikut yang ditangkap tu ?

Banyak kerugian yang dialami disebabkan perhimpunan tu. Kasihan pulak aku tengok penjual- penjual disekitar tempat perhimpunan tu, tak boleh nak cari rezeki semalam. Pemandu-pemandu teksi pun sama. Masa aku tengok berita semalam, memang kasihan gila kat mak cik tu..penumpang-penumpang bas termasuk mak cik tu terpaksa diturunkan di tepi jalan. Memang tak patut! Ni semua sebab bersih tu lah.

Part yang tak boleh blah ialah kat facebook ramai yang duk menyalak sokong bersih bagai nak rak. Yang asyik sangat duk menyalak kat facebook tu bukan orang lain, yang bekerja dengan kerajaan jugak. Kalau dah cukup kuat, berhenti kerja la. Kau sokong bersih, kau lawan kerajaan tapi kau kerja dengan kerajaan..Apekenda lah aduyai..Berjuang la sangat kan...


Aku sokong sangat- sangat kalau ada pekerja kerajaan dan pelajar universiti terlibat dengan perhimpunan semalam dibuang kerja dan biasiswa serta pinjaman ptptn ditarik muahaha







p/s : tak suka entry ni? anda boleh blah !

Monday, July 4, 2011

Ada apa dengan assembly ?

Hari Isnin adalah hari yang paling tak best sebab ada assembly. Maknanya kena bangun awal-awal pagi sebab assembly mula pukul7.30 pagi. Cuba teka hari ni aku pergi assembly ke tak ? heee. Kadang-kadang macam tak pergi pun tak apa sebab pensyarah yang bercakap asyik ulang benda yang sama. Aku pun naik muak.

Tapi yang tu kira ok lagi lah kan, yang paling tak boleh blah ialah pensyarah duk marah-marah + pot pet pot pet pasal yang tak datang assembly. lahhh!! Yang tak datang assembly bersuka ria kat bilik, yang baik-baik macam aku yang datang assembly tu pula yang kena dengar pensyarah berleter. Dunia tidak adil kan? Sebab tu lah aku tak suka sangat nak pergi assembly ni....ehem-ehem walhal ko malas kan kan kan?

Disebabkan hari ini hari Isnin, kami semua diwajibkan pakai uniform unit beruniform. Aku dengan PJ Warrior yang lain adalah Pengakap. So, kami pakai uniform pengakap lah hari ni.


yang tinggi ala-ala model ni ialah busyra.

jangan pelik kenapa aku putih hoho

jangan lagi pelik kenapa muka aku putih, tapi tangan aku sebaliknya.tett

cakkkk








p/s : awal-awal sem je semangat nak pergi assembly. Tengoklah lepas-lepas ni.

Sunday, July 3, 2011

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Aku ada baca wallpost seorang hamba Allah dalam group kat FB yang bertulis :

arah kiblat yang berada di bilik asrama tidak tepat.

dan ada seorang hamba Allah yang respon.

dah tu, takkan tak nak ambil sebarang tindakan.
(lebih kurang macam tu lah )


aku faham tindakan orang yang post benda tu sebab utamanya nak suruh pelajar pergi mengimarahkan masjid. Jujur aku katakan yang niatnya sangat baik. Tapi, bila aku baca komen-komen seterusnya, membuatkan diri aku rasa panas.

Niat orang yang suruh ambil tindakan tu pun betul jugak. takkan nak biarkan kami semua penghuni asrama ni solat tanpa mengikut arah kiblat yang sebetulnya. Kan besar pahalanya kalau tolong betulkan arah kiblat yang salah alang-alang kau yang timbulkan isu ni. Tapi orang yang post pasal arah kiblat yang salah tu macam tak nak bagi kerjasama bila disuruh ambil tindakan.

Dia cakap,

yang perlu ambil tindakan ialah diri sendiri iaitu dengan datang ke masjid.

Iye..memang betul..tapi sampai bila kau tak nak betulkan arah kiblat dalam bilik. kalau kau sakit sampai tak larat sangat-sangat nak pergi solat di masjid macam mana? mesti solat dalam bilik kan? dah tu, kau ikut arah kiblat yang mana ?

Aku bagi contoh bagi perempuan pula.

Kalau kami kaum hawa bangun di malam hari untuk menunaikan solat sunat, ape cerita? nak kena pergi masjid jugak? pergi masjid seorang diri pukul 3 4 pagi ? ye la kan, arah kiblat yang betul kan di masjid je.

Kau dah menimbulkan keraguan kepada kami pasal arah kiblat ni, lepas tu tak nak bertanggungjawab. Macam ni nak jadi seorang guru dan seorang pemimpin ?
macam ni cara kau nak berdakwah ? aku rasa banyak lagi cara yang menarik untuk tarik orang pergi ke masjid.

Nasib baik KU aku ada alat untuk tunjuk arah kiblat. so, aku pinjam je lah.. Kalau nak harap orang lain, memang sampai bila-bila was-was dengan arah kiblat yang sebetulnya. Aku harap arah kiblat yang kami semua ikut selama ini dah betul :)

RENUNGAN

Rasulullah s.a.w. bersabda

Carilah kesempurnaan hajat kamu dengan jiwa yang murni, kerana sesungguhnya semuanya telah ditetapkan (sesuai dengan takdir) [Riwayat Ibnu AsSakir melalui Abdullah Ibnu Bisr]








p/s : macam tak ada kena mengena dengan tajuk post kan? tak apa, ikut je jalan ceritanya HAHA


Ditujukan untuk diri sendiri jugak :)

Saturday, July 2, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

kalau tak ada guru, tak adalah murid, kalau tak ada murid, guru pun tak akan ada. Jadi, setiap aktiviti yang melibatkan murid, guru akan terlibat sekali. Itulah untungnya jadi guru. Perghh tak sangka aku cakap macam ni.

Ok, apa yang cuba aku sampaikan ialah, pagi tadi aku, sebagai bakal seorang guru terlibat dengan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Ada kaitan la kan dengan statement di atas tu. Walaupun aku bukan murid, tapi secara tak langsung terlibat dengan larian tu.

Mungkin bagi budak kelas aku, PJ major ia adalah satu kenangan manis sebab kami diberi peluang untuk conduct senamrobik..Mak Jemah femessss okey haha..Sebenarnya, kami dah biasa buat senamrobik, tapi dalam case ni Pengarah join sekali. Nak tak nak, kena buat yang terbaiklah..tak boleh main goreng je macam biasa hehe.Nasib baik aku ingat semua step- stepnya.Thanks to my lovely roomate sebab tolong i lukis orang lidi plus tolong i menghafal semua step dari semalam sampai la pukul 6 pagi tadi hehe..

comel tak orang lidi ni? haha

masih ada yang tak dapat bezakan kiri dan kanan hehe

kami eskot je, sebab tu kat depan-depan sekali ni.

kami masih mendahului.

TAPI, TIBA- TIBA







































kami terpaksa mengejar Encik Bob haha



the best picture ever !

Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn.

awek-awek PJ

pakwe-pakwe PJ

Kami pakai baju kuning, tapi kami bukan penyokong BERSIH okey haha

last but not least !

kami sayang kasut kami haha









p/s : ada picture yang aku kidnap dari Tepak Sireh . kredit untuk kamu ye !