WOW!!

try la click =)

Sunday, July 10, 2011

bersih sangat ke ?

Entah kan? Bersih sangat ke? Aku tengok KL makin tercemar je haha..Buat apa lah duk berhimpun ramai- ramai macam tu..aku pun nak negara kita ni bersih, tapi kita kan ade saluran yang betul. Guna lah sebaiknya..

Tak payah nak susah-susahkan diri pegi berhimpun, berpanas hujan berembun semua bagai. Buang masa, buang tenaga, buang sampah merata- rata. Ada ke patut ? last- last, tak dapat apa-apa pun kan? tak dapat pun nak serahkan memorandam ke ape kejadahnya yang ko nak kasi.


Ramai orang cakap, tak apa jadi macam ni. Susah-susah dulu, senang-senang kemudian. Nak senang macam mana pun aku tak tahu lah..Karang kalau aku cakap tak reti bersyukur, macam pedassss sangat kan? Dah cukup aman dah aku rasa Malaysia ni.Takkanlah nak buat huru-hara macam kat luar negara pula, lepas tu negara- negara luar masuk campur . Negara kita ni ada undang- undang, tak boleh ke nak ikut undang- undang. Yang penganjur pun peguam, tak kan tak masak lagi dengan undang-undang di Malaysia ni. Tak faham betul aku. Yang jadi mangsa, pengikut yang buta tuli main terjah je mengikut perhimpunan tu. Terbela ke semua nasib pengikut yang ditangkap tu ?

Banyak kerugian yang dialami disebabkan perhimpunan tu. Kasihan pulak aku tengok penjual- penjual disekitar tempat perhimpunan tu, tak boleh nak cari rezeki semalam. Pemandu-pemandu teksi pun sama. Masa aku tengok berita semalam, memang kasihan gila kat mak cik tu..penumpang-penumpang bas termasuk mak cik tu terpaksa diturunkan di tepi jalan. Memang tak patut! Ni semua sebab bersih tu lah.

Part yang tak boleh blah ialah kat facebook ramai yang duk menyalak sokong bersih bagai nak rak. Yang asyik sangat duk menyalak kat facebook tu bukan orang lain, yang bekerja dengan kerajaan jugak. Kalau dah cukup kuat, berhenti kerja la. Kau sokong bersih, kau lawan kerajaan tapi kau kerja dengan kerajaan..Apekenda lah aduyai..Berjuang la sangat kan...


Aku sokong sangat- sangat kalau ada pekerja kerajaan dan pelajar universiti terlibat dengan perhimpunan semalam dibuang kerja dan biasiswa serta pinjaman ptptn ditarik muahaha







p/s : tak suka entry ni? anda boleh blah !

1 comment:

ishiko said...

bersih la KL kena siram semlm.. hehee..

lama xsinggah sini^^