WOW!!

try la click =)

Sunday, July 3, 2011

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Aku ada baca wallpost seorang hamba Allah dalam group kat FB yang bertulis :

arah kiblat yang berada di bilik asrama tidak tepat.

dan ada seorang hamba Allah yang respon.

dah tu, takkan tak nak ambil sebarang tindakan.
(lebih kurang macam tu lah )


aku faham tindakan orang yang post benda tu sebab utamanya nak suruh pelajar pergi mengimarahkan masjid. Jujur aku katakan yang niatnya sangat baik. Tapi, bila aku baca komen-komen seterusnya, membuatkan diri aku rasa panas.

Niat orang yang suruh ambil tindakan tu pun betul jugak. takkan nak biarkan kami semua penghuni asrama ni solat tanpa mengikut arah kiblat yang sebetulnya. Kan besar pahalanya kalau tolong betulkan arah kiblat yang salah alang-alang kau yang timbulkan isu ni. Tapi orang yang post pasal arah kiblat yang salah tu macam tak nak bagi kerjasama bila disuruh ambil tindakan.

Dia cakap,

yang perlu ambil tindakan ialah diri sendiri iaitu dengan datang ke masjid.

Iye..memang betul..tapi sampai bila kau tak nak betulkan arah kiblat dalam bilik. kalau kau sakit sampai tak larat sangat-sangat nak pergi solat di masjid macam mana? mesti solat dalam bilik kan? dah tu, kau ikut arah kiblat yang mana ?

Aku bagi contoh bagi perempuan pula.

Kalau kami kaum hawa bangun di malam hari untuk menunaikan solat sunat, ape cerita? nak kena pergi masjid jugak? pergi masjid seorang diri pukul 3 4 pagi ? ye la kan, arah kiblat yang betul kan di masjid je.

Kau dah menimbulkan keraguan kepada kami pasal arah kiblat ni, lepas tu tak nak bertanggungjawab. Macam ni nak jadi seorang guru dan seorang pemimpin ?
macam ni cara kau nak berdakwah ? aku rasa banyak lagi cara yang menarik untuk tarik orang pergi ke masjid.

Nasib baik KU aku ada alat untuk tunjuk arah kiblat. so, aku pinjam je lah.. Kalau nak harap orang lain, memang sampai bila-bila was-was dengan arah kiblat yang sebetulnya. Aku harap arah kiblat yang kami semua ikut selama ini dah betul :)

RENUNGAN

Rasulullah s.a.w. bersabda

Carilah kesempurnaan hajat kamu dengan jiwa yang murni, kerana sesungguhnya semuanya telah ditetapkan (sesuai dengan takdir) [Riwayat Ibnu AsSakir melalui Abdullah Ibnu Bisr]








p/s : macam tak ada kena mengena dengan tajuk post kan? tak apa, ikut je jalan ceritanya HAHA


Ditujukan untuk diri sendiri jugak :)

2 comments:

-syira- said...

haha.sy baca post tue..tapi yg bawah2 dah mls nk baca sbb meleret2 semacam jek..:)

WanN said...

haha alamak..ade budak maktab la pulak yg tgk blog ni haha