minggu lepas dan minggu ni adalah minggu yang sangat memenatkan. seyesly! dibebani dengan asgmnt yang bertimbun dan tak logik di akal. 8 asgmnt?guess what? penat nk memerah otak, nk cari bahan lagi pastu time mcm ni la internet tibe- tibe slow cam siput babi cacat. semua mende ni tol2 mencabar kesabaran aku. minggu depan plak da de exam. asgmnt tak abes lagi, exam plak datang. bile mase nak study, bile mase nak siapkan semua asgmnt. minggu depan jugak ade ujian amali renang. lagi la penat. berenang pom jap timbul jap tenggelam. takut nak pk macam mane agaknye keadaan aku mase ujian tu nanti. kalau aku tak tahan, da lame aku balik kampung. baik duk kat rumah je.
bile da banyak sangat mende yang perlu wat, banyak sangat keje, badan penat, mula la aku nyesal nape aku masuk IPG. astagfirullahalazim..mang tak baik nyesal camtu. its not fair. member- member aku cite, masuk U boleh tahan rileks la. kelas tak full macam aku. jadual hari- hari, start kelas pukul 8 pagi, pukul 5 petang baru habis. gila kental budak- budak IPG ni.markah asgmnt dorang pom boleh counting dengan lecturer. aku kat sini bukan main pulun lagi nak siapkan asgmnt, nk study untuk exam. aku terpaksa berhadapan dengan semua mende ni lagi 3 tahun. mampu ke aku bertahan? member aku yang study kat U siap bahankan aku lagi. nak jadi cikgu je pom, cikgu sekolah rendah je pom, tapi kena belajar sampai 5 tahun lebih. orang lain dah kerje and mungkin da de yang kawin, tapi aku still belajar. kalau dulu aku tak ambik port sangat bile member- member cakap camtu, tapi sekarang hati aku tergugat sikit. memang aku beruntung sebab masuk IPG ni, itu tak dapat disangkal lagi. aku dibayar untuk belajar. dan aku dijanjikan tempat kerje bila da abes belajar. tapi, dengar- dengar khabar yang kemungkinan besar apa yang dijanjikan untuk kami iaitu tempat kerje apabila dah habis belajar tidak dapat dilaksanakan. kalau pointer rendah jgk, maka lagi la susah nak dapatkan tempat kerja. maksudnye, bila da abes belajar tu, kitorang kena menganggur dulu. aku tak tahu la mende ni betul ke tak. hopefully kalau mende ni akan berlaku pom, janganlah dalam masa 3 or 4 tahun ni. kalau tak , mang naya la.
tapi tu semua tak penting la sebenarnya.lambat posting ke cepat ke. bile sibuk sangat dengan kerje- kerje, tu yang mula pk bukan- bukan. nak nyesal- nyesal la, ape la. memang amek mase yang lame nak jadi cikgu, sebab kami di ajar untuk mengajar. kami ni arkitek bangsa. guru-guru la yang bakal mencorak ank- anak bangsa. dorang nak jadi baik ke jahat ke, dorang nak berjaya dalam hidup ke tak nak, guru sememangnya memainkan peranan yang penting. kami kat sini bukannya hanya dilatih untuk mengajar sahaja, malah di ajar untuk mendidik jugak. kalau nak melentur buluh, biarlah dari rebungnye kan. memang aku hanya cikgu sekolah rendah je, tp sebenarnya guru sekolah rendah la memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi anak murid tersebut. bagi aku, guru sekolah rendah ke menengah ke, same je,gaji pom same :p
sebagai seorang yang bertamadun, hormat la diri orang lain. tak payah la nak bangga diri. tukang kebun pom manusia jugak, cleaner pom manusia juga. kita ni hidup saling bergantungan. aku perlukan kau, kau pom perlukan aku. masing- masingnya masa depan da ditetapkan macam tu. tak payah la kau nak bahan-bahankan aku lepas- lepas ni.aku da bosan.ok.
No comments:
Post a Comment