WOW!!

try la click =)

Tuesday, June 14, 2011

kenangan di Pulau Sibu :)



Sem lepas aku dengan PJ Warrior yang lain bercamping di Pulau Sibu selama 6 hari. bukan camping utk suka-suka tau tak, ada ujian amali skali. penat, tapi syokkkk sangat-sangat! aku bukan nak cerita pasal ujian amali, tapi nak cerita pasal kenangan yang paling aku tak dapat lupakan masa camping tu.


kenangan yang paling aku tak boleh lupakan ialah masa nak kejutkan kawan2 aku bangun pagi.perghhh bukan main susah lagi. nak dijadikan cerita, pagi tu aku, fare, paan dan hamsi sentri pukul 4 hingga 5 pagi. macam biasalah, sentri dalam khemah je haha..nak dijadikan cerita lagi, pagi tu turn group aku yang masak. masak ape ntah, aku pun dah lupa. yang aku ingat, kitorang punye menu untuk pagi tu memang susah dan tak ada sorang pun tahu macam mane nak masak mende alah tu.

so, pagi tu dalam pukul 5 aku kejutkan ahli group aku tu, baik laki mahupun perempuan. first aku kejutkan amon, aku panggil- panggil je la nama dia, tak ada ah aku nak pegi terjah dalam khemah dia. lepastu aku pegi kejutkan hamsi pulak, then aku kejutkan poji..jawapan dorang semua same..mmmmm..aku cakap dah pukul 5 lebih dah, dorang cakap mmmm jugak..lame jugak aku kejutkan hero-hero tu, pusing- pusing khemah dorang, tapi tak bangun- bangun jugak..paling susah nak bangun ialah amon ! grrr nasib baik poji bangun jugak. disebabkan terlalu frust kejutkan amon, dia tak bangun jugak....aku pun terus menuju ke khemah aku dan sambung tido muahaha..puas hati aku. bila ingat- ingat balik, memang aku akan tersenyum sorang-sorang..perasaan masa tu geram, nak marah, mengantuk dan macam- macam lagi haha..rasa nak roboh- robohkan je khemah amon haha. tapi tu lah kenangan yang paling aku tak dapat lupakan.


kenangan seterusnya ialah pengalaman menangkap ketam muahaha ! malam terakhir tu, aku, fare n bush follow budak laki dan juga lecturer laki pegi tangkap ketam. kitorang bergerak ke pantai lebih kurang pukul 1 PAGI. sampai- sampai kat tepi pantai, air tak surut lagi. so, kitorang semua pakat- pakat tido atas jeti. best sangat-sangat! serius tak tipu pun. lebih kurang pukul 3 lebih baru air surut, so ape lagi..pegi tangkap ketam lah hihi.. walaupun aku sempat tangkap sekor ketam je, dengan sekali percubaan, aku tetap bangga haha..susah nak dapat pengalaman macam ni. lepas- lepas ni tak tau lah bile lagi.



di sebalik kenangan manis, terselit jugak perkara yang tak elok..tapi takpe, biar aku simpan sorang- sorang. blog aku bukan tempat nak cerita tentang tak puas hati dengan member sendiri ke, nak sindir- sindir ke,ape ke. kan ?

tak suke, face to face la kan ? :) simple .





p/s : aku rindu suasana dalam kelas. atau lebih tepat lagi aku rindukan PJ WARRIOR :) .

4 comments:

butterflyana said...

i pun suka tangkap ketam.
selalu pergi tangkap ketam dgn family.


tangkap ketam i suka..makan ketam lagiii i suka!


hehehe

WanN said...

nanti masak ketam sedap2, pastu ajak i makan ye hehe

aleen aiden said...

halamak...lame gile da xjoin pegi2 camp neh.rindu!Hu3

WanN said...

aleen aiden : suke pegi camping eh ? actually i tak suke sangat bercamping2 nih hee..tp disebabkan pegi dengan budak2 kelas je, tu yang jadi best hihi