WOW!!

try la click =)

Sunday, May 22, 2011

saya rindu mak saya.

tengahari tadi masa buat2 sibuk study, tetiba rasa rindu sangat2 kat mak aku..aku dah lama tak balik rumah..sekarang ni tengah menghitung hari nak balik je..makin hampir waktu nak balik kampung, makin aku rindu giler2 kat mak aku..she's the superb mother in the world..

aku tak ada ayah sejak dari kecik lagi..so, mak aku lah jadi ibu, mak aku lah jadi ayah..dia berikan aku segala-galanya..apa yang aku nak, mesti aku akan dapat..cume cepat atau lambat je..dari kecik sampai ke besar...sekarang da umur 21 tahun..layanan masih sama..semua kemahuan aku dia cuba untuk berikan yang terbaik..nak2 hujung2 sem ni, kalau call mesti tanya ada duit ke tak..biasanya hujung2 sem ni, duit dah kurang dah..makan pun kena berjimat- cermat..mak aku pantang sikit kalau makan pun nak berjimat- cermat huhu..

kalau aku sakit ke atau kurang sihat, aku jarang sangat nak bagitau mak aku..kalau dia tahu, pagi petang malam mesti dia call..selagi aku tak sihat sepenuhnya, selagi tu la handphone menjadi teman setia mak aku untuk call aku..bila sebut pasal handphone, baru2 ni handphone aku kena curi..punya la mak aku sibuk tanya nanti nak contact macam mane..mane tak nya, dalam seminggu lebih kurang 4 kali jugak kitorang contact..anak mak kan aku?huuu~ orang selalu ingat aku ni anak bongsu heee..aku ada adiklah lah~

mak aku jauh kat kampung..mesti dia bosan tinggal kat rumah..anak semua duk jauh2..kalau aku dengan adik aku balik rumah, comfirm rumah tu bising..bising sebab gaduh heee..tak sabar nak balik rumah..nak peluk mak ketat2!!!

1 comment:

Cik Miera said...

kol ur mum n tell her how much u love n miss her.. Ibu awk hebat.. Jadi ibu dan ayah dlm 1 masa.. sungguh tabah.. Sampaikan salam sy pada ibu awk ye.. Walaupun saling tak mengenali, tp saya kagum dengan ibu2 yang macam ibu awk..