WOW!!

try la click =)

Monday, April 4, 2011

tak suke hari ISNIN.

aku tak suke hari Isnin sebab hari Isnin akan ada kelas tettt..aku tak ade masalah pun dengan kelas tu sebenarnye, tapi bermasalah dengan tenaga pengajar tu..oho hoiii.. aku memang tak kuasa nak mengadap kerenah dia tiap- tiap hari Isnin...nak- nak pulak aku ni PKO..

aku rasa sangat happy tahap gaban lah bila dapat tahu dia tak akan masuk kelas..aku lebih rela berjemur bawah panas, lari keliling kampus 17 kali dari aku duduk dalam kelas dan mengadap dia.kadang- kadang terniat jugak nak ponteng kelas dia kan, tapi tu lah..bukan takut, tapi still ada rasa hormat lagi kat dia.

hari Jumaat lepas, aku terserempak dengan beliau, dah terbiasa kan sebagai orang islam aku bagi salam la kat dia..boleh pulak dia buat muke kerek sambil jeling kat aku..what the hell kan? dah la tak jawab salam, buat muka tak puas hati pulak! pehal ntah. * oke, fikir positif. dia jawab salam dalan hati je. tapi kalau jawab salam dalam hati pun, perlu ke jeling sampai macam tu sekali? * oke, fikir positif lagi. mungkin menjeling- jeling itu adalah salah satu cara dia untuk bermesra- mesraan dengan orang lain.


bile benda macam ni berlaku kat aku, aku sebagai bakal pendidik secara tidak langsung akan ambil iktibar dari situasi aku tu. aku tak nak nanti anak murid aku akan rasa apa yang aku dah rasa sekarang ni. kalau boleh, aku nak anak murid aku suka belajar dengan aku, selesa dengan aku dan seronok belajar. biarlah anak murid aku belajar tanpa ada sebarang paksaan.. kalau mereka sukakan kita, secara tidak langsung mereka akan minat untuk belajar. *oke, ape aku merepek ni?


orang cakap, tak baik tau mengata cikgu sendiri, nanti belajar tak berkat. tapi aku harap la yang aku belajar selama ni berkat lah. aku tak ada niat pun nak mengata ke nak buruk- burukkan dia. aku cuma nak beri pedoman kepada sesapa termasuk aku sendiri yang bakal jadi pendidik supaya tidak ada sifat sedemikian. aku nak berterima kasih kepada beliau sebab beliau lah aku sedar yang aku tak sepatutnya tiru sifat- sifatnya yang tak berapa baik tu heee. peace!


dia seorang lecturer yang bagus sebab mahir dalam bidangnye..cume adalah terkurang sedikit dalam hal- hal lain.* saja nak ambil hati tett



p/s : selamat hari Isnin..urghh ada assembly pagi2 esok..tak suke jugak =.='

No comments: