wah..tajuk tak mahu kalah ngeee~ni cerita 2 hari yang lepas yang berlaku kat aku lah..tak pasal- pasal aku terlibat untuk buat pendaftaran Kad Jualan Pekebun Kecil haha..dari pukul 10 pagi sampai pukul 12 lebih aku tercongak kat dewan balairaya kat kampung aku ni..semata- mata nak tunggu kad tu siap..yang tak boleh blah, semua yang ade kat situ dah retro orangnye, tak ade yang muda mudi macam aku..
jangan panik! aku still lagi guru pelatih kat kampus aku dan aku bukannya kerja part time sebagai penoreh getah hehe..kalau bukan time hujan, best jugak menoreh getah ni, nak- nak pulak hasil getah mahal sekarang ni..berbaloi- baloi heeee~ arwah ayah aku dulu tinggalkan sikit tanah kebun getah untuk aku, so sebab tu la aku kena buat kad pendaftaran tu.. sekarang, jiran aku yang menoreh getah kat kebun getah tu..upah dia la..
buat pengetahuan, Lembaga Getah Malaysia telah memperkenalkan kad pendaftaran Jualan Pekebun Getah Kecil sejak February yang lalu. ini semua sebab nak cegah kes kecurian getah dan mengatasi masalah penjualan getah curi yang semakin meningkat. so, hanya pekebun kecil yang berdaftar je boleh membuat jualan getah kepada pembeli getah berlesen.
1 comment:
adaxbanyak getah ke... kita nak beli -dari persatuan pekebun kecil daerah kualal angat,sealngor contact-0192332447
Post a Comment