WOW!!

try la click =)

Friday, November 12, 2010

:: ESTET ::

hai kamu kamu kamu!! dah tengok cerita estet belum? isyh, kenape tak tengok la? pegi tengok cepat- cepat tao..bukannya ape, pakwe i Farid Kamil berlakon dalam cerita tu heeee~

sangat jeles tengok my pakwe peluk- peluk popuan lain haish

petang tadi aku dengan kawan- kawan aku termasuk my chup layan cerita ni kat big cinemas ,bpmall..*seperti biasa, harga student card lagikk hihi..kitorang masuk panggung dalam pukul 5 macam tu la..*seperti biasa jugak, tade orang lain pun dalam panggung wayang tu selain dari kami bertujuh. oh, memang heaven la wa cakap lu!

dipendekkan cerita, memang best la cerita arahan Mamat Khalid ni! nak- nak plak pakwe aku yang berlakon, kompem la best yehaaaa!! awal- awal cerita ni agak boring sikit la..tapi makin lama makin best, makin syok tengok. Rosyam Nor pun berlakon jugak as Kublai Khan.menarikkan namanye hehe..time part Rosyam Nor, aku gelak gile- gile kot.lawak habis! aku tak sangka Rosyam Nor tu boleh mainkan watak tu dengan superb nye! bila ingat- ingat balik Rosyam Nor lam cerita ni, aku akan tersenyum sorang- sorang.* la ni pun aku tengah sengih- sengih sorang heeeeee~ Rosyam Nor memang pelakon serba boleh la.

fokus pada baju tu tao : aku nak buat baju macam ni la.guna no roman. kreatifkan?

fokus pada orangnye plak ye.kenal tak laki ni? tak kenal? ala laki ni yang berlakon dalam zombie kampung pisang la..yang ade SPM tu.yang jadi M.A..haaaa..ingat pun heeee~ wessss..laki ni kalau berlakon memang mantap la.laki ni pun boleh tahan lawaknye.. "jangan sampai aku bagi last warning pertama!! wait2, ape name laki ni eh? Soffi Jikan ke?aku pun tak tao name laki ni sebab aku kenal dia sebagai M.A jepp heeee~

ape lagi ye aku nak komen?haaaaa..Farid Kamil? tak moh la cakap pasal dia, aku nak merajuk sebab dia curang.err apakah?? pelakon- pelakon dalam cerita ni pun majoritinya India,so aku tak kenal la pelakon- pelakonnye. * heroinnya pun India jugak tao.

apa yang aku nampak la, Mamat Khalid cuba nak ketengahkan cara hidup masyarakat Malaysia.ye la, masyarakat Malaysia ni kan hidup bersatu-padu. Ye ke? terbaiklah! dalam nak sampaikan mesej tu, diselitkan aksi, lawak dan tauladan. yang tak boleh blahnya, diselitkan jugak nyanyian ala- ala bollywood.alamak!! memang layan la jugak huuuuu~

so, bagi sape- sape yang tak tengok lagi cerita ni, boleh la terjah ke panggung wayang berdekatan anda..nak g terjah panggung wayang yang jauh- jauh pun boleh, tak salah pun hoke!selamat menonton wayang ya!

pssss :...:

:: aku ingatkan awie berlakon jugak dalam cerita ni, penat tunggu sampai cerita habis tapi awie tak kuar pun..sedikit hampa sob3..ehem2, kalau Que Haidar berlakon, best jugak kan heeee~

:: alu dah tengok cerita zombie kampung pisang lebih dari 10 kali.* oke tade kaitan!

::tetiba aku terfikir, siapa ye sebenarnya hero dalam citer ni? Farid Kamil or Shasi? tapi..macam Rosyam Nor je hero nye wawaweeee~

3 comments:

Hafsah Hell Mee said...

aku pon nak baju gne tulisan romen jg..
terbaiklah baju dia.
Aku nak satu!

WanN said...

wt baju kelas cmni nk?heee~

KiNDaicHi said...

terbaiklah estet..hahahaa