"Awal pulak rumate aku bangun"bisikku dalam hati .
Tiba- tiba handset Sony Ericsson ku vibrate. Vibrate je, maklum le, handset aku rosak lagi, tak bunyi . 1 message received .
"Pukul 8 semua kena ada di gym. Kena bersihkan gym "
Mesej dari PKO. Hai, hari first dah kena buat kerja? Aku ingatkan boleh la goyang kaki goyang badan. Dengan seribu kemalasan, aku ambil towel, terus menuju ke bilik mandi .
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tepat pukul 8 pagi. Baru 7 8 orang datang termasuk aku. Yang lain biasalah, janji melayu hekk.. Sedap betul mulut mengata orang.
"KU suruh bersihkan kawasan kat belakang gym. Kayu-kayu yang tak digunakan, buang kat depan gym." kata PKO ku dengan penuh semangat .
"Kenapa buang kayu-kayu yang tak digunakan kat depan gym?" bisikku dalam hati. Takpelah, ikut je lah.
Sedang kitorang syok angkat-angkat kayu, tiba-tiba aku teringat pasal partner praktikum,
"Busy, dah tanya Encik Ismail belum pasal partner praktikum tu? " tanyaku.
"Belum lagi lah. Aku lupa. Nasib baik kau ingatkan aku.Jom ikut aku jumpa Encik Ismail." ajaknya bersungguh-sungguh .
"Belum lagi lah. Aku lupa. Nasib baik kau ingatkan aku.Jom ikut aku jumpa Encik Ismail." ajaknya bersungguh-sungguh .
Tanpa menghampakan harapannya, aku ikut tanpa sebarang bantahan.
Sampai sahaja di pintu bilik Encik Ismail, aku tengok Encik Mizan tengah mengukir sesuatu di papan kayu. Banyak pulak tu. Rupanya-rupanya Encik Mizan tengah ukir nama partner praktikum kat papan kayu tu. Ahhh sudah..Aku curi-curi dengar Busy bercakap dengan En Ismail.
"Nama yang tak diukir lagi boleh je tukar partner. Yang dah diukir, tak boleh buat apa dah. Sekarang ni Encik Mizan tengah ukir nama Wan Habsah dengan Nor Fareha. " kata Encik Ismail.
"Nasib baik aku memang dengan Fare. Nampaknya plan berjalan dengan lancar". bisikku .
Lepas Busy setelkan hal partner praktikum, aku dengan Busy pun bergerak masuk dalam kelas sebab semua dah siap kemas dah. Bila aku masuk dalam kelas tu aku rasa pelik sangat- sangat. Ada Lecturer perempuan, free hair, tapi tengah bagi tazkirah. Aku tak pernah tengok pulak pensyarah ni, pensyarah baru kot. Tapi ni subjek ape ye? Takpelah, layankan je huhu.
Masa pensyarah tu bagi tazkirah, budak kelas aku ada pas-pas kertas nama partner praktikum dengan nama sekolah sekali. Then, sampai la kertas tu kat tangan aku.
"Apa benda ni? Siap ada carta lagi. Ada gambar sekolah semua bagai. Tak faham betul aku. Susah betul nak faham. Tulis je nama pelajar dan nama sekolah kan senang. Siap ada anak panah lagi." rungutku.
tiba-tiba...
"Wan Habsah dan Nor Fareha - SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL. "
"Ape kejadahnya ???????" jerit aku.
Tiba-tiba mata aku silau.
" Sape pulak bukak lampu bilik aku ni? Lahhh, dah pukul 8 pagi rupanya. Mimpi je rupanya kah kah kah "
#sabar je lah
No comments:
Post a Comment