WOW!!

try la click =)

Friday, April 29, 2011

as usual,last minit.

yeay!



first paper dah habis.



aku dah tak perlu nak buat muka lagi =.='



kalau tak, semalam bukan main emosi lagi.
macam mana entah muka aku semalam.



buat muka masa study semalam sebab tak puas hati pagi ni ada exam.
ok (!)




sape yang tak emosi kan kalau study last minit. :p

Thursday, April 28, 2011

menyampah.

tak suka pada orang yang jatuhkan hukum sesuka hati je tanpa tahu hal sebenar.





ko sape?






cermin diri sendiri dulu sayang ye sebelum nak tembak orang.







tak de cermin?











owh poor you..








cermin toilet ada. tilik la puas2. :)













*mood tak stabil.
tq for everything eyh (!)

muak.

stop lah buat muke.


*aku menyampah giler b***

Tuesday, April 26, 2011

pon pon!! mase untuk berujian amali ~

aku ni ada masalah sikit..kalau korang perasan la, time aku gila nak menulis, dalam sehari tu 3 4 kali aku post..tapi, time aku bizi ( malas sebenarnya hee!) nak tengok post aku seminggu sekali pun susah.hekk ee..nak cakap tak ada masa, ada je..nak cakap ada tak ada benda nak ditulis, ada je..masa terluang tu banyak..tapi diisikan dengan aktiviti tido haha~sabo je la! tak dapat nak cakap apa la kan?

oke, aku bukan nak cakap pasal tido. tengok tajuk post aku tu..ujian amali.minggu ni aku ada ujian amali gimnastik, bola sepak dan bola jaring. actually, ujian gimnastik dah buat tadi. tak ada lah nak berpuas hati sangat kan, biasa-biasa je..mane tak nye, kena buat headstand lah, cartwheel lah..perghh ganas kan? ='=

esok pagi pulak ujian amali bola jaring dan bola sepak..ni yang cuak jugak ni..bola jaring..walaupun posisi aku GA (goal attack ) bila main bola jaring dari dulu lagi, tapi aku tak terkecuali dalam kalangan orang- orang yang cuak. karang tiba- tiba tak masuk nak sumbat gol..biasanye macam tu la kan?..fuhhhh mintak jauh lah~

bola sepak plak..ni yang aku paling tak boleh blah..penat nak fikir macam mana nak bagi bola tu bergerak lurus..kalau aku sepak, mesti senget! dah macam- macam teknik dah aku guna, tapi dalam 1000 try, 1 je yang betul2 lurus..yang lain ke laut. <-------bak kata hamsi.

hopefully, esok aku dan budak-budak kelas akan buat yang terbaik, terganas, terbaik, terganas..best of luck!

Tuesday, April 19, 2011

long distance.


All i have is this picture in a frame

That I hold close to see your face every day

With you is where I'd rather be
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me
I wish that you were here with me
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me


Now the minutes feel like hours
And the hours feel like days
While I'm away
You know right now I can't be home
But I'm coming home soon,coming home soon


Can you hear me crying?







*layan lagu Bruno Mars ni buat aku sedih lak..siyes rindukan My Encik Mohd Haffiz :(
Oke, nite..semoga mimpikan dia uhuk2




assignment hanya duniawi

PJ WARRIOR : asgmnt GIMNASTIK hantar PETANG ESOK ye. asgmnt bola sepak & bola jaring + PKE hantar hari JUMAAT ni.tq!
jerit PKO kepada anak- anaknya di laman sosial..rajin betol kan PKO ni nak mengingatkan anak- anak buahnya..maklum, melayu mudah lupe* tetibe sigh..kalau aku tak ingatkan siapa lagi nak tolong?KO? Tak payah nak sembang kencang lah, KO tu memang betol2 k.o wekkkkk

bajet akunye asgmnt dah siap lah ye?biasalah, melayu mudah riak ='= miaww..aku nye asgmnt pun tak siap lagi oke! grr malas giler nak buat asgmnt ni..dah la aku dah mengantuk ni..baru pukul 8.12, mata dah berat dah..alahai..hish sape lah yang wujudkan asgmnt ni adehh..kan bagus kalau tak de asgmnt, tak payah la bazirkan kertas..kesian kat pokok2..kan pokok2?

kalau ikut kan hati, nak je aku tido la ni jugak..lepastu konon-kononnya nak bangun balik lah pukul 11 malam ke..tapi apakan daya, aku lebih mengenali diriku..kalau aku tido, kompem aku tak akan sama sekali bangun (ayat berbelit2! )..serius aku lebih sayangkan tido dari bangun semata-mata nak siapkan asgmnt..lagipun, asgmnt 2 kan duniawi..errr tido tu duniawi ke ape eh?='=*

sekarang ni konon-kononnya tengah ambil mood nak siapkan asgmnt lah ni..buat- buat rajin update blog dulu..come on mood rajin..cepat2 lah datang~











p/s :boringnye bila tak de gambar yang menghiasi post2 aku nih..tenet selowwww dowh..adeh..


*PKO : PERAMPAS KEKASIH ORANG
KO : KEKASIH ORANG

euwwww ( tangan ke bahu, mata pandang atas )

moody..silalah main jauh-jauh.

hari ni mood tak berapa nak baik..rasa macam nak marah semua orang je..urghh tak suka betol bila macam ni..sebenarnya dari semalam lagi, tapi dah berjaya kawal..tapi hari ini macam nak lepaskan marah je..pantang ada yang tak kena,macam laju je mulut ni nak potpet2,melenting..bencinya kat diri sendiri!mesti orang lain pun benci urgh..

bangun tido dah awal dah..datang kelas pun awal..datang kelas, tapi kelas tak de pun, duk rilek2 je..rasenye dah mulakan hari dengan elok dah..ape yang tak kenanya lagi..adoii
(TT)..oke, mungkin sebab bulan mengambang sekarang ni.hormon tak stabil..tetttt

pemergian..

pagi semalam aku dikejutkan dengan berita pemergian lecturer aku..awal2 macam tak percaya je..menitis jugak air mata aku..rasenye baru semalam bergurau2 dengan beliau..cepat betol pergi..memang pemergian beliau amat dirasai..dah tak kedengaran dah usikan, gurauan dari beliau..semua hanya tinggal kenangan..

patah tumbuh, hilang berganti..tapi yang tumbuh dan yang berganti takkan sama dengan yang dah patah dan hilang..gonna miss him so much..

semoga Allahyarham Encik Zakaria ditempat di kalangan orang2 yang beriman..
Al-fatihah.





*aku belajar kat sini tak sampai 3 tahun lagi..tapi dah ade 3 orang lecturer yang pergi meninggalkan kami... semuanya lecturer yang ngam, sempoi dengan kami..semoga mereka juga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Al- fatihah..

Monday, April 4, 2011

tak suke hari ISNIN.

aku tak suke hari Isnin sebab hari Isnin akan ada kelas tettt..aku tak ade masalah pun dengan kelas tu sebenarnye, tapi bermasalah dengan tenaga pengajar tu..oho hoiii.. aku memang tak kuasa nak mengadap kerenah dia tiap- tiap hari Isnin...nak- nak pulak aku ni PKO..

aku rasa sangat happy tahap gaban lah bila dapat tahu dia tak akan masuk kelas..aku lebih rela berjemur bawah panas, lari keliling kampus 17 kali dari aku duduk dalam kelas dan mengadap dia.kadang- kadang terniat jugak nak ponteng kelas dia kan, tapi tu lah..bukan takut, tapi still ada rasa hormat lagi kat dia.

hari Jumaat lepas, aku terserempak dengan beliau, dah terbiasa kan sebagai orang islam aku bagi salam la kat dia..boleh pulak dia buat muke kerek sambil jeling kat aku..what the hell kan? dah la tak jawab salam, buat muka tak puas hati pulak! pehal ntah. * oke, fikir positif. dia jawab salam dalan hati je. tapi kalau jawab salam dalam hati pun, perlu ke jeling sampai macam tu sekali? * oke, fikir positif lagi. mungkin menjeling- jeling itu adalah salah satu cara dia untuk bermesra- mesraan dengan orang lain.


bile benda macam ni berlaku kat aku, aku sebagai bakal pendidik secara tidak langsung akan ambil iktibar dari situasi aku tu. aku tak nak nanti anak murid aku akan rasa apa yang aku dah rasa sekarang ni. kalau boleh, aku nak anak murid aku suka belajar dengan aku, selesa dengan aku dan seronok belajar. biarlah anak murid aku belajar tanpa ada sebarang paksaan.. kalau mereka sukakan kita, secara tidak langsung mereka akan minat untuk belajar. *oke, ape aku merepek ni?


orang cakap, tak baik tau mengata cikgu sendiri, nanti belajar tak berkat. tapi aku harap la yang aku belajar selama ni berkat lah. aku tak ada niat pun nak mengata ke nak buruk- burukkan dia. aku cuma nak beri pedoman kepada sesapa termasuk aku sendiri yang bakal jadi pendidik supaya tidak ada sifat sedemikian. aku nak berterima kasih kepada beliau sebab beliau lah aku sedar yang aku tak sepatutnya tiru sifat- sifatnya yang tak berapa baik tu heee. peace!


dia seorang lecturer yang bagus sebab mahir dalam bidangnye..cume adalah terkurang sedikit dalam hal- hal lain.* saja nak ambil hati tett



p/s : selamat hari Isnin..urghh ada assembly pagi2 esok..tak suke jugak =.='